05 April 2019

DIDAKWA TAK SENSITIF ISU KEHILANGAN PESERTA LARIAN - INI REAKSI AERIL ZAFREL


Bagi mereka yang mengikuti suami kepada aktres Wawa Zainal iaitu pelakon Aeril Zafrel di laman Instagram pasti tahu sikapnya yang suka bergurau dan ada kalanya ia berkaitan dengan isu semasa yang viral.





"Ambik gambar ni waktu shooting tadi. korang nampak tak? 😱😱😱😱. Masalah #netizenmalaysia," tulis Aeril di laman Instagram miliknya.

Namun, muatnaik beliau kali ini mendapat kecaman netizen yang mendakwa beliau tidak sensitif dengan isu kehilangan peserta larian, Mohammad Ashraf yang sehingga hari ini masih kekal misteri.

Aeril memuatnaik foto gambarnya seakan-akan di belakang hutan dengan membuat bulatan-bulatan kecil seperti ingin menunjukkan sesuatu.

Klik untuk gambar besar


Gurauan Aeril itu tidak boleh diterima oleh netizen yang menganggap beliau ingin mencari publisiti murahan dan langsung tidak memikirkan perasaan keluarga Ashraf ketika ini. Dalam erti kata lain, bergurau tidak kena dengan situasi.

Difahamkan, Aeril sengaja memuatnaik gambar itu memerli ragam netizen di Malaysia yang selalu ingin mengaitkan unsur mistik dalam semua perkara dan terlalu percayakan alam ghaib.

Pun begitu ada juga sesetengah netizen bersetuju dengan sindiran Aeril dan berpendapat rakyat Malaysia terlalu suka mempercayai alam ghaib dan tidak berpandukan Al-Quran dan kitab.

Tidak dinafikan, mungkin juga sindiran Aeril ini agak tidak bertempat dengan keadaan Ashraf yang belum ditemui, ramai yang masih risau dan terkesan dengan kehilangan Ashraf. Apa-apa pun, jom kita berdoa agar Ashraf dapat ditemukan segera.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara, Media Hiburan & Instagram Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: