06 April 2019

PERNIKAHAN DENGAN HAFIZ - NELYDIA SENROSE BERI BAYANGAN HARI INI?


Menerusi laman Instagram, pelaon Nelydia Senrose baru-baru ini telah memuatnaik foto bersama seorang lelaki dipercayai bakal suaminya yang dikenali Hafiz serta kapsyennya bagaikan memberi bayangan dia bakal menamatkan zaman gadisnya, hari ini (Sabtu - 6 April 2019).





Nelydia atau nama lengkapnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 24, dalam perkongsian itu menulis: "I shall see you tomorrow (hari ini) on our nikah day?", bagaikan menjawab persoalan mengenai hari bahagianya dengan jejaka pilihannya.

Gara-gara perkongsian itu, foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya. Malah rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan urusan bakal pengantin itu dipermudahkan.

Manakala kakaknya yang juga seorang pelakon iaitu Uqasha Senrose hanya meninggalkan emoji 'love' di ruangan komen. Foto beserta tanda pagar #myotherhafiznel itu menerima lebih 180,000 tanda suka dan lebih 2,200 komen.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi Twitter, Nelydia mengucapkan terima kasih di atas doa yang dikirimkan kepadanya dan menyifatkan detik itu sebagai sesuatu yang penuh emosi.

"Sungguh beremosi, banyak emosi perlu dikawal. Semuanya jadi satu. Terima kasih atas doa yang baik," tulis 'pelakon drama 'Cinta Tiada Ganti' itu'.

Meskipun enggan membuka mulut ketika ditanya mengenai perkara itu, kami difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung secara tertutup di sebuah lokasi di ibu negara, hari ini.



Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon drama 'Encik Imam Eskpres' itu mula diperkatakan apabila Nelydia berkongsi gambar cincin di laman Twitternya, sekali gus memberi bayangan dia sudah dilamar ahli perniagaan itu, tahun lalu.

Desas-desus itu diperkuatkan lagi apabila Nelydia hadir bersama Hafiz ketika meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza pada awal tahun ini.

Nelydia yang menjalin hubungan dengan Hafiz sejak April 2018 itu sebelum ini, memaklumkan dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga selepas kembali dari menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, Disember lalu.

Dia juga tidak menyembunyikan kenyataan itu apabila membuat pengakuan bakal menamatkan zaman gadis menerusi perkongsian beberapa video sempena majlis parti bujang di laman sosialnya, awal bulan lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, mStar & Instagram Nelydia Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: