05 April 2019

DIMNTA NASIHATKAN EMMA: "BERI MASA... DOAKAN TERBAIK" - ALVIN CHONG


"Benar, saya ada bercakap dengan Emma mengenai kekeliruan yang dialaminya. Emma ada sebab tersendiri mengapa keputusan itu (menanggalkan hijab) diambil. Berilah masa kepada Emma untuk membuat keputusan dalam hidupnya sendiri.





"Apabila diajukan peminat mengenai hal ini, saya berterus terang dan meminta mereka menerima Emma seadanya. Janganlah kita cuba menukar dan menentukan hala tuju hidup artis diminati.

"Sebaliknya, doakan yang terbaik buat mereka," kata penyanyi dan pelakon, Alvin Chong yang terkena tempias berhubung keputusan teman akrab, aktres Emma Maembong membuka tudung, Februari lalu.

Dihujani mesej netizen yang meminta dirinya menasihati Emma, Alvin bagaimanapun enggan melayan permintaan peminat, ketika kontroversi itu 'panas'.

Klik untuk gambar besar


Alvin dan Emma akrab sejak membintangi drama bersiri, 'Awak Suka Saya Tak?'. Gandingan mereka dianggap secocok dan memikat hati ramai.

Dalam perkembangan lain, Alvin berkata, dia berhati-hati untuk rapat dengan rakan industri berikutan pernah 'ditikam' sahabat sendiri.

Alvin menjelaskan, kisah hitam lalu banyak memberi pengajaran. Malah, dia lebih selesa berkawan rapat dengan teman bukan daripada kalangan penggiat industri seni. Akui Alvin, dia mengambil masa untuk menaruh kepercayaan kepada individu lain.



"Pernah 'ditikam' rakan industri, saya berjaga-jaga kerana tidak mahu peristiwa sama berulang. Betapa pedihnya hati apabila terdengar apa yang diperkatakan mengenai saya. Bukan apa, saya terbuka dikritik, cuma bukan di belakang saya.

"Biarlah kritikan atau pendapat disuarakan sendiri di hadapan saya. Cara itu dapat membantu saya untuk memperbaiki diri.

"Saya bangga dengan pencapaian diri kerana sebelum ini saya berdepan masalah keyakinan. Dahulu saya sering memikirkan kata-kata orang. Sekarang, saya lebih terbuka terutama dengan sokongan peminat dan teman rapat," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Akvin Chong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: