05 April 2019

ADA 'PHD' TAPI MAHU SAMBUNG 'MASTER' - NETIZEN PELIK DENGAN BOY IMAN


Nama pelakon penyanyi Dato' Dr Boy Iman agak senyap dan lama juga kita tidak dengar sebarang berita tentangnya sejak beliau terlibat dalam kes penipuan hartanah bernilai jutaan ringgit.





Namun, beberapa hari lalu, nama beliau kembali menjadi bualan netizen selepas memuat naik kad matrik pelajar di akaun Instagramnya dimana Boy kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat 'Masters' dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

"Dapat student card membuatkan saya rasa macam satu "semangat" yang "luarbiasa" pada diri saya. Ini juga salah satu "azam di tahun 2019". Doakan saya habis belajar ya walaupun saya agak sibuk dengan komitmen2 yang sedia ada.

Klik untuk gambar besar


"Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. Imam Ghazali. Knowledge is power! #dbi #datoboyiman #datodrboyiman #boyiman," tulisnya.

Rata-rata netizen agak pelik dengan tindakannya itu. Bukankah sebelum ini Boy memberitahu beliau sudah ada ijazah Doktor Falsafah (PhD), kenapa sekarang baru hendak sambung belajar 'Masters' pula?

Difahamkan, Boy sebenarnya mengambil Executive Master dimana program ini menawarkan mana-mana individu yang sudah bekerja untuk meyambung pelajaran hanya menggunakan kelayakan SPM. Bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan sekiranya mereka mahu menyambung pelajaran ke peringkat PhD.










www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Boy Iman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: