18 April 2019

ZIANA ZAIN: "PENDIDIKAN PENTING, BILA SAYA TAK ADA NANTI SIAPA NAK TOLONG?"


Memberitahu tidak ada perubahan dalam kehidupan biarpun kini bergelar ibu tunggal, Penyanyi Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 51, berkata dia tidak pernah rasa terbeban kerana sejak dari dulu sudah mendidik anak-anak untuk berdikari.





"Dari dulu sampai sekarang tidak ada perbezaan pun. Kehidupan masih diteruskan seperti biasa. Anak-anak pun macam biasa sahaja. Saya pun dari dulu lagi sudah mendidik mereka untuk berdikari," katanya.

Sebelum ini, Ziana pernah berkahwin dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri, 54, pada 9 Mei 1998 namun bercerai pada 12 Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 19; Muhammad Ammar, 15, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 10.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Madah Berhelah' ini mahu bekerja keras demi memberi yang terbaik buat anak-anaknya. Menurut Ziana, dia sentiasa berpesan kepada anak-anaknya bahawa pendidikan sangat penting untuk masa hadapan.

"Saya kerja keras untuk anak-anak. Mahu mereka belajar yang terbaik. Cukup satu pesanan saya kepada mereka untuk belajar rajin-rajin. Pendidikan itu sangat penting untuk masa hadapan.

"Saya selalu cakap, bila saya tak ada nanti siapa yang nak tolong. Saya tak kisah bila besar nanti mereka nak pilih kerjaya apa tapi apa-apa pun pendidikan adalah keutamaan," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ziana Zain


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: