07 May 2019

3 TAHUN MENANTI - IKA NABELLA & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK SULUNG


Menerusi laman Instagram, pelakon Ika Nabella dan suaminya telah memuatnaik gambar bersama 'baby bump' dan memberitahu khabar gembira dimana mereka bakal menimang cahaya mata sulung tak lama lagi selepas tiga tahun penantian dan mengalami keguguran kali pertama.





Selain khabar gembira, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 30, dan suami turut memberi ucapan mahu berpuasa penuh bagi Ramadan kali ini dan tahun terakhir berpuasa berdua tahun ini.

"Assalamualaikum Ramadhan. InsyaAllah jika Allah izinkan, suami benarkan, puasa penuh la Ika tahun ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Doakan yg paling baik pleaseee semoga doa2 tu berbalik pd kalian. Aminnn.. Now I can use this emoticon 🤰 lol!" tutur Ika.

Klik untuk gambar besar


"Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. Alhamdulillah syukur Ya Allah. InsyaAllah tahun ni tahun terakhir kami sambut puasa berdua.. Semoga isteri @ikanabella & jantung hati ayah sihat sempurna.. Aminn...," tulis suami Ika pula.

Tambah Ika, dia juga akan memperlahankan kerjaya seni sehingga selamat melahirkan kelak atas nasihat suami dan keluarga. Untuk makluman, Ika dan suami, Muhammad Zaid, mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 selepas berkenalan hampir lima tahun.

"Alhamdulillah, tiga tahun saya tunggu selepas gugur kali pertama akhirnya Allah kabulkan doa saya dan suami. Saya sudah melepasi fasa trimester pertama dan Insya-Allah akan bersalin sekitar hujung tahun ini," jelasnya ketika dihubungi.








www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Ika Nabella & @zaidbowie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: