06 May 2019

ELFIRA LOY: "FIRST CHILD LEBIH BAIK LELAKI SEBAB BOLEH JAGA KITA....."


"Of course la suka girl sebab banyak barang boleh shopping. Tapi as first child lebih baik lelaki sebab boleh jaga kita. Perempuan (anak) esok dah besar lepas kahwin kena ikut laki dia, kalau lelaki jaga mama dia," demikian tulis pelakon Elfira Loy di InstaStory miliknya.





Sedang menikmati pengalaman mengandung buat kali pertama, Elfira memberitahu dirinya sebenarnya lebih gemar akan bayi perempuan tetapi beliau berharap anak sulungnya itu nanti biarlah bayi lelaki.

Elfira yang kini sedang hamil di trimester pertama itu menjelaskan anak sulung lelaki menjadi pilihannya kerana apabila besar nanti dapat menjaganya dan suami di hari tua.

Klik untuk gambar besar


Timbul isu jantina bayi itu selepas pengikutnya bertanyakan mengenainya ketika sesi 'ask me question' yang dilakukan menerusi IG Story semalam.

Elfira yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dengan Muhammad Faris Khairol Anuar itu sebelum ini mengumumkan berita kehamilan anak pertamanya kepada umum. Selain itu Elfira juga turut bersyukur diatas doa peminat selama ini.

Menerusi soalan lain, rata-rata bertanya mengenai rutin kecantikannnya serta bagaimana menjaga hubungan dengan pasangan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Rotikaya & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: