06 May 2019
MIRA FILZAH & CHE TA MAHU KHATAM AL-QURAN RAMADAN TAHUN INI
Umat Islam seluruh dunia sememangnya sangat menanti bulan Ramadan dan masa inilah kita semua perlu perbayakkan amal ibadat. Bersempena bulan puasa ini, selebiriti Mira Filzah dan Rozita Che Wan atau Che Ta itu berharap azamnya untuk khatam Al-Quran tercapai.
Kata Mira, sebelum ini dia tidak dapat mencapai azam tersebut memandangkan sibuk dengan kerja serta jadual yang ketat sepanjang bulan puasa. Dalam pada itu, berazam untuk bangun lewat malam memburu malam Lailatul Qadar.
"Ya nak khatam al-Quran masa bulan puasa azam setiap tahun Mira tapi tak pernah tercapai lagi. Bila bulan puasa pun kita kerja, shooting, mulalah ke laut azam tu. Harap tahun ini Ramadan lebih rajin, iman lebih kuat," tulisnya menerusi Insta Story.
Menerusi perkongsiannya itu lagi, Mira juga mengajak netizen serta peminatnya untuk cuba memahami setiap lafaz dan makna dalam surah yang dibaca dalam solat.
Klik untuk gambar besar
"Insya-Allah, mungkin bulan Ramadan ini juga kita boleh cuba memahami setiap lafaz dalam solat kita termasuklah maksud dan makna disebalik Al-Fatihah dan surah-surah lainyang kita baca dalam solat. Ya?" katanya.
Bermulanya Ramadan pertama hari ini, Che Ta meluahkan hasrat untuk khatam Al-Quran sepanjang bulan puasa tahun ini. Malah Che Ta juga memberitahu jadualnya padat kali ini dengan amal ibadah di rumah.
Tidak mahu mensia-siakan kedatangan bulan Ramadhan, Che Ta telah merancangan untuk menjemput ustazah ke kediamannya untuk mengaji Al-Quran sepanjang bulan puasa ini, bersama keluarga tersayang.
"Bermula tahun ini saya dan keluarga sudah mempunyai jadual kehadiran ustazah ke rumah sebab kami mahu khatam al-Quran sepanjang bulan puasa ini. Tidak ada majlis secara besar-besaran pun, hanya kami anak beranak sahaja di rumah," ujarnya.
Bercerita pula mengenai anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia lima tahun, Che Ta kagum dengan perkembangan anaknya yang sudah mampu menghafal surah untuk mengerjakan solat, biarpun masih tidak berpuasa.
"Saya masih belum melatihnya untuk berpuasa, namun bila menyentuh soal puasa dia sudah faham. Melihat dia mampu menghafal surah untuk mengerjakan solat, memang sesuatu membanggakan sebagai seorang ibu," jelasnya.
Murni sungguh hasrat Mira dan Che Ta pada Ramadan kali ini, semoga hasrat itu boleh dijadikan inspirasi buat peminat diluar sana juga dan kami harapkan niat murni Mira Che Ta itu dipermudahkan.
www.myartis.com / Sumber: mStar, Utusan & Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment