22 May 2019

ALAMI KEMALANGAN: "PLEASE BE CAREFUL ON THE ROAD GUYS" - SHERRY IBRAHIM


Menerusi laman Instagram, pelakon dan usahawan Sherry Ibrahim telah memberitahu yang dirinya telah mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kemusnahan kecil pada kereta yang dipandunya. Di entri tersebut, Sherry berkongsi gambar kereta yang dipandunya itu.





Dalam pada itu, Sherry turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Kesian my baby snow flake ❄️😭. Please be careful on the road guys...! ⛈ Hujan2 , after toll please DON’T speed, and please DON’T use your handphone while driving ! 💆🏻‍♀️ Stay safe pretty please 🙏🏻," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa risau melihat keadaan itu dan mendoakan keselamatan Sherry. Difahamkan, Sherry tidak mengalami kecederaan serius dan keadaannya baik-baik sahaja.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sherry Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: