22 May 2019

SUDAH MAAFKAN - ISTERI AMMAR ALFIAN KATA 'DON'T MAKE ME PULL OUT RECEIPTS'


"Saya memilih untuk kekal berdiam kerana anda tidak layak mendapatkan kebenaran dari saya dan anda takkan pernah dapatkannya. Asalkan anda tahu isteri saya telah memohon maaf mengenai apa yang dia katakan dan saya telah memaafkan dia sama seperti saya telah memaafkan anda anda semua yang telah membuat spekulasi dan fitnah terhadap saya.





"Anda memilih untuk percaya cerita sebelah pihak. Untuk keluarga, mereka yang dikatakan kawan dan peminat palsu, jika anda disekat dan saya tidak mengikuti anda, ia kerana saya tahu dimana anda berada - menentang saya. Saya memaafkan anda semua tetapi saya takkan melupakannya.

"Terima kasih dan selamat berpuasa," tulis pelakon Ammar Alfian atau nama penuhnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 32, yang memilih untuk kekal berdiam diri selepas dakwaan dirinya curang terhadap isteri heboh diperkatakan ramai.

Ammar memuatnaik kenyataan terbabit di ruangan Instagram Stories (IGS) miliknya. Selain itu, di entri IGS berasingan, Ammar juga memaklumkan bahawa dia telah memaafkan isterinya.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, IGS tersebut telah dipadamkan selepas ia dimuatnaik. Tetapi, isteri Ammar, Nelissa Nezam pula memberikan gambaran berbeza dengan memuatnaik IGS seakan menyatakan sesuatu.

Ammar, kemudiannya memuatnaik satu lagi status berbentuk kata-kata yang memberi gambaran supaya bijak mengawal situasi berlaku. Hantaran itu disertakan dengan kenyataan pendek 'I choose silence' (saya memilih untuk berdiam).

Kelmarin, Nelissa mendakwa suaminya curang ketika dirinya sedang hamil enam bulan. Nelissa yang hamil anak pertama mereka memuatnaik status di dalam bahasa Inggeris itu di Instagram miliknya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: