16 May 2019
ALIFF AZIZ: "INI FASA PALING GETIR..." - BAPA: "KAMI OKEY CUMA WARGANET LEBIH-LEBIH"
Sehingga kini kontroversi yang melanda penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff Aziz masih menjadi bualan hangat netizen selepas tular fotonya tidak berbaju bersama seorang remaja TitTok berusia 17 tahun dikenali sebagai Nismell, baru-baru ini.
Sudah berkali-kali berlaku curang terhadap Bella Astillah, ramai yang bengang dengan sikap Aliff yang telah beberapa kali mempermainkan isterinya. Terbaru, Aliff tampil memberikan kenyataan berhubung kontroversi terpalit dirinya dan mengakui sekarang adalah fasa paling getir yang dia lalui sepanjang hidupnya.
"Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang. Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi insya-Allah," kata bapa kepada cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean.
Bagaimanapun, Aliff enggan memberi kenyataan lanjut dan meminta diberikan ruang kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan: "Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang".
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, gadis dikenali sebagai Nismell itu mengakui ada mengambil gambar bersama Aliff dalam sebuah private party namun menafikan berlaku hubungan luar batas antara mereka. Pada Isnin lalu, Bella menerusi Instagramnya memberitahu dia membuat keputusan untuk meneruskan hidup bersama anaknya tanpa Aliff.
Menerusi laporan Utusan Online, kru mereka telah menerjah ke sebuah hotel di ibu kota yang dipercayai menjadi tempat berlindung pelakon itu setelah gambar tersebut tersebar. Menurut sumber, hotel tersebut merupakan lokasi 'persembunyian' Aliff untuk 10 malam berturut-turut bermula 13 Mei lepas.
Sementara itu, bapa kepada Aliff yang dikecam teruk sehingga terpaksa menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya Susulan kontroversi itu, memberitahu perkara sebegini sudah biasa berlaku.
Katanya, mereka sekeluarga menerima dengan tenang kontroversi yang melanda anaknya itu, netizen sahaja yang melebih-lebih. Ujarnya lagi, dia dan isteri masih belum bertemu dengan Aliff, namun mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.
"Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun. Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa," tuturnya.
Menurutnya lagi, dia jarang mencampuri urusan peribadi Aliff dan biasanya isterinya yang akan menjawab segala persoalan daripada media. Dalam pada itu, dia mengakui isterinya sedikit tertekan dengan kontroversi tersebut.
"Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stres di rumah. Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga," jelasnya.
www.myartis.com / Sumber: Utusan Online
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment