16 May 2019

TAK TAHAN KENA TEMPIAS ALIFF AZIZ - ALIFF SYUKRI LUAH RASA BENGANG


Korang tau beza tak org ye?? Tolong jgn salah komen kat page org lain. Disebb ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua.. jom saya ajar ini perbezaan sya dan Aliff Aziz... cuba tengok gambar betol2 kan berbeza hidung, gigi, mata smuaa.... Saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen setiap kali posting saya...





"Hmm doakan baik2 utk beliau.... Tag kawan korang yg selalu confius ni 😞," demikian kata usahawan kosmetik juga bergelar penyanyi, Aliff Syukri yang meluahkan rasa bengang selepas dirinya turut terkena tempias ekoran kontroversi kecurangan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Tidak dapat menahan sabar dikecam dan dihina, penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' itu memuatnaik video membuat penjelasan kepada netizen. Memang 'win' habis caranya menyekolahkan netizen yang tidak tahu membezakan mana satu Aliff Syukri mana satu Aliff Aziz.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Aliff Syukri berpesan kepada netizen untuk doa yang baik-baik sahaja dan jangan terus mengecam. Aliff Syukri juga turut mendoakan agar Aliff Aziz kekal bahagia.

Tentu anda akan bengang bila kita tiada buat salah, tetapi nama kita pula dikaitkan dengan sesuatu perkara. Begitulah juga yang dirasakan oleh Aliff Syukri. Kerana seorang Aliff buat hal, habis semua yang bernama Aliff kena kecam. Bersabarlah..







www.myartis.com / Sumber, foto & video: Beautifulnara & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: