16 May 2019
PU ABU MENGAKU TIADA NIAT - MAHKAMAH PUTUSKAN LAFAZ TALAK TIDAK SAH
Jika sebelum ini viral dan hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga PU Abu dan isterinya, Ain Afini di media sosial itu kini akhirnya menemui titik nokhtah apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang semalam memutuskan lafaz talak yang dibuat oleh PU Abu bertarikh 13 Mac lalu menerusi WhatsApp tidak sah.
Keputusan itu dibuat oleh pihak mahkamah selepas PU Abu bersumpah dan mengaku mengaku tidak berniat menghantar mesej untuk menceraikan Ain. Keadaan yang memaksanya berbuat demikian sedangkan PU Abu sehingga saat ini, masih lagi ada perasaan sayang terhadap isterinya itu.
"Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini. Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya. Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri.
Klik untuk gambar besar
"Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri. Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat," katanya.
Sebaik sahaja mendengar keputusan mahkamah, Ain tidak dapat menahan rasa hiba dan menangis sehingga terpaksa ditenangkan oleh kedua-ibu bapa serta keluarganya. PU Abu meninggalkan mahkamah secara berasingan manakala isterinya menaiki kenderaan yang dipandu oleh bapanya.
Terdahulu, PU Abu menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil anak pertama mereka kerana mahu bernikah dengan seorang wanita berstatus janda anak satu bernama Hana Azraa.
www.myartis.com / Sumber & foto: Sinar Harian & Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment