17 May 2019

ALIFF AZIZ: TEGURAN KERAS DARIPADA ALLAH" - BELLA: "SEMOGA DAPAT BERUBAH"


"Sejujurnya saya hilang kata-kata dan sebagai manusia biasa saya anggap ini petunjuk daripada Allah untuk saya perbaiki diri. Saya tak mahu komen lebih-lebih, sekarang ini saya cuma nak perbaiki diri.. Itu nasihat terakhir Bella dan selebihnya saya serahkan kepada Allah," demikian kata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.





Mengakui masih lagi menyayangi Bella, Aliff memberitahu bekas isterinya itu sempat menitipkan pesanan memintanya untuk memperbaiki diri dan menjadikan apa yang telah berlaku sebagai petunjuk daripada Allah. Dalam pada itu, Aliff turut meminta maaf kepada Bella Astillah dan keluarga di atas apa yang berlaku. Ujarnya lagi, dia sangat mengagumi kesabaran Bella yang banyak berkorban untuknya selama ini.

"Saya minta maaf kepada Bella dan keluarga, apa yang jadi tadi saya masih tak dapat nak hadam lagi. Bella terlalu banyak berkorban dari hari pertama kami kenal, dia jaga pakai, makan, kerja dan lahirkan anak. Sejujurnya saya masih sayangkan dia tapi biarlah Allah berikan ganjaran padanya.

Klik untuk gambar besar


"Tiada orang yang mampu sabar seperti Bella dan mungkin Allah nak tunjukkan pada saya. Sekarang ini nak fokus perbaiki diri, benda pun dah jadi. Saya anggap ini teguran keras daripada Allah dan minta semua mendoakan yang terbaik untuk kami," tuturnya.

Sementara itu, Bella memberitahu hilang semua beban yang ditanggung olehnya selama ini. Redha dengan ketentuan Allah bahawa jodoh mereka hanya setakat ini sahaja, Bella turut meminta agar Aliff Aziz dapat berubah demi dirinya sendiri dan juga anak mereka.



"Saya tahu orang kata saya bodoh kerana masih setia di sisi Aliff. Tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai isteri untuk mempertahankan perkahwinan kami. Mungkin sampai di sini sahaja jodoh saya dengan Aliff... Semoga Aliff dapat berubah demi anak dan dirinya sendiri," ujarnya.

Selepas satu demi satu kontroversi, Aliff akhirnya melafaz cerai talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam. Permohonan cerai dibuat oleh Bella pada 21 Mac lalu selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-unang Keluarga Islam 1984 iaitu perceraian secara baik.

Dalam pada itu, Aliff bersetuju untuk membayar nafkah anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean berusia dua tahun ini sebanyak RM1,000 sebulan yang akan dimasukkan ke akaun Bella yang dikahwininya pada 9 September 2016 itu bermula Mei ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: