17 May 2019

ISTERI SELAMAT BERSALIN - RONNIE HUSSEIN TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelantun lagu 'Menanti Janji', Ronnie Hussein yang menyampaikan berita gembira dimana isterinya, Fiza Yahya selamat melahirkan anak kedua mereka, lelaki menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.





"Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar!! Alhamdullillah syukur kepada Allah... isteri saya @fizayahya81 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak ke 2 kami petang tadi (semalam)... terima kasih kepada semua yg telah mendoakan...😘," tulisnya.

Selain peminat, rakan-rakan artis seperti Haiza, Zahid Baharudin, Zarina Zainoordin, Nizam Laksamana dan Azrul Zaidi turut mengucapkan tahniah kepada Ronnie atas kehadiran permata baru dalam hidupnya di ruangan komen entri terbabit.

Sebelum ini, Ronnie dan isteri, Hafizah Yahya menerima kehadiran anak sulung, Raisya Umairah yang dilahirkan pada 14 Mei 2016 selepas sembilan tahun menanti. Sebelum ini, Ronnie dan isteri mengambil seorang anak angkat perempuan yang bernama Nurilyana Farhana.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ronnie Hussein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: