17 May 2019

WAJAH ANAK DITEGUR: "APA TUJUAN ANDA UNTUK INGATKAN BERJUTA KALI?" - RASHIDI


Menerusi laman InstaStory, pelakon Rashidi Ishak telah menyelar segelintir individu yang kerap menegur mengenai wajah anak keduanya, Maryam Rashika seiras bekas isteri, pelakon Vanidah Imran.





Pelakon filem 'BU' ini memuatnaik status teguran itu selepas menutup ruangan komen di dua foto bersama anak perempuannya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-15 pada Khamis.

"Ya ya saya sudah tahu dia (Maryam) kelihatan seperti ibunya. Apa tujuan anda untuk ingatkan saya berjuta kali?" kata Rashidi yang sering mendapat perhatian netizen yang mahu mengetahui perkembangan terbaharunya sejak bergelar duda.

Klik untuk gambar besar


Baru-baru ini, dia digosipkan mempunyai hubungan dengan seorang wanita apabila memuatnaik foto bersama. Bagaimanapun, Rashidi menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar spekulasi.

Pada 20 Mac lalu, Rashidi mengesahkan sudah bercerai dengan Vanidah pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan tersebut, Rashidi dan Vanidah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Maryam Rashika, 15.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Rashidi Imran


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: