17 May 2019

FARID KAMIL DILAYAN SEPERTI BANDUAN LAIN, TIADA ISTIMEWA


Dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, pada Rabu lepas atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu, bagaimanapun ada pihak merasakan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari boleh mendapat keistimewaan dan diberi kelonggaran sewaktu menjalani hukuman memandangkan dia berpangkat 'datuk' dan bergelar selebriti.





Menerusi laporan mStar Online, sumber Penjara mengatakan bahawa suami kepada pelakon Diana Danielle serta bapa kepada sepasang cahaya mata, Muhammad (Lelaki) dan Nur Aurora (Perempuan) itu akan dilayan sama seperti banduan lain dan dia tidak berbeza dari mereka.

"Seperti banduan-banduan lain, Farid Kamil akan dilayan sama rata. Tiada istilah artis, orang kenamaan, berpangkat atau berjawatan besar diberikan layanan berbeza atau istimewa apabila mereka menjalani hukuman di penjara. Apabila disabitkan hukuman penjara, sesiapa pun adalah sama sebagai banduan dengan kesalahan dan tempoh hukuman yang berbeza," jelasnya.

Farid ditempatkan di Penjara Kajang selama seminggu untuk tempoh kuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur sebelum dipindahkan ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) yang terletak di kawasan yang sama. Dalam kejadian Januari tahun lepas, Farid ditahan kerana melempang anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Dia kemudiannya didapati positif ganja.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: