14 May 2019
ANAK BARU BELAJAR SOLAT DIKRITIK - NORA DANISH TEMPELAK NETIZEN
Bila gambar anak-anaknya, Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin solat bersama menerima kecaman, Nora Danish tampil bersuara. Jelasnya, anak-anaknya masih dalam proses pembelajaran dan tidak perlu dikecam sedemikian rupa.
Semuanya gara-gara Nora memuat naik gambar anak-anaknya yang sedang solat bersama, tidak lama kemudian netizen mula mengkritik mengenai cara mereka solat yang salah dan didakwa tidak sah.
"Dalam Ramadan ini, apa kata kita semua lihat sesuatu perkara itu dari sudut lebih positif dan hentikan komen berbaur negatif. Islam itu mudah. Mereka masih dalam proses pembelajaran”
Klik untuk gambar besar
"Orang dewasa pun ada yang tata tertib dalam solat, masih ada kesilapan, kerana kita semua masih belajar. Saya sebagai ibu bersyukur kerana sekurang-kurangnya, mereka mahu untuk bersolat”
"Mengenai sesetengah pihak yang menentang perkongsian mengenai agama di media sosial. Kenapa ada yang beranggapan seperti menunjuk? Kalau kita boleh kongsikan OOTD, percutian, kenapa tidak mengenai agama?”
"Walaupun ibadat ini sepatutnya rahsia, bergantung kepada niat masing-masing, nak menunjuk atau memberi dorongan. Sebenarnya, lebih indah Ramadan ini, media sosial kita dipenuhi dengan hal berkaitan keagamaan," ujar Nora menjelaskannya panjang lebar.
www.myartis.com / Foto: Instagram Nora Danish
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment