13 May 2019

SEMPENA HARI IBU - WAK DOYOK HADIAHKAN KERETA TOYOTA VELLFIRE


Sudah tentunya ada insan bernama ibu yang sentiasa menjadi tulang belakang disebalik kejayaan seorang anak dan bersempena Hari Ibu, personaliti fesyen Wak Doyok telah menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire buat ibu kesayangannya.





Menerusi perkongsian di laman Instagram, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 40, turut berharap ibunya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah haji tahun ini.

"Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta villfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara. Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah. 😘👵🏻❤️," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Wak Doyok memberitahu, niatnya untuk menghadiahkan kereta tersebut buat ibunya untuk membuatkan ibunya bahagia selepas bapanya pergi menghadap Ilahi pada Oktober tahun lalu.

"Semua ini adalah usaha untuk membuatkan mak saya bahagia dikala dia hidup kesunyian selepas pemergian ayah saya pada tahun lalu. Biarpun kereta tersebut bernilai ratusan ribu, namun sedikit pun tidak tertanding dengan jasanya membesarkan saya selama ini," katanya kepada mStar.

Tahun lalu, pelakon filem 'Abang Long Fadil 2' itu menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibunya hasil titik peluhnya dalam bidang perniagaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Wak Doyok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: