13 May 2019

KEMBALI BERTUDUNG?: "TIADA KOMEN....." - FATHIA LATIFF


Semua mengetahui mengenai pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini mengumumkan tidak mahu lagi bertudung kerana enggan berpura-pura, hipokrit dan selesa dengan imejnya berambut pendek.





Namun kini, pelakon drama 'Ariana Rose' itu mencetuskan persoalan dan tanda tanya lagi apabila tiba-tiba memuatnaik foto beliau kembali memakai hijab di akaun Instagramnya.

Menerusi Instastory, Fathia telah memuatnaik gambar memaparkan dirinya berhijab seperti dulu kala yang turut dipadankan dengan blaus dan seluar palazo warna senada.

Ramai yang menganggap mungkin beliau ingin menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menutup aurat dan diakui Fathia tampak begitu manis apabila bertudung.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, ketika dihubungi pihak media, Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai penampilannya itu.

"Salam... Saya tiada komen mengenai perkara itu," jawabnya dengan ringkas mengenai penampilannya yang kembali memakai tudung di laman sosial.

Pun begitu dimaklumkan kini Fathia sedang berada di Kota Bharu, Kelantan kerana terbabit dengan festival jualan raya bersama beberapa artis lain. Mungkinkah Fathia bertudung hanya kerana berada di Kelantan?



Terdahulu, Fathia mengundang tanda-tanya apabila memuatnaik gambar dirinya yang tidak bertudung. Dia juga memadamkan semua foto lama dalam Instagram.

Tidak lama kemudian, Fathia membuat kenyataan enggan terus berpura-pura, apatah lagi keputusan membuka tudung sudah lama difikirkannya. Menurut Fathia, dia tidak mahu memikirkan kecaman netizen kerana sudah biasa 'dipijak' dan dihina.

Fathia memberitahu ketika berhijab kehidupannya penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi. Keputusan itu turut menampilkan dirinya berambut pendek.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: