18 May 2019
"ANAK (LELAKI) ITU DARAH DAGING SAYA....." - PU ABU JANJI TAK 'LEPAS TANGAN'
"Sejujurnya saya tak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak saya nanti. Saya sudah menyediakan kelengkapan untuk Afini dengan membeli barangan bayi, itu belum termasuk duit nafkah.
"Anak itu darah daging saya, kemana sahaja dia pergi, darah saya tetap mengalir dalam tubuhnya. Sehingga urusan berkahwin dia nanti pun dia akan pelukan saya," demikian kata pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan.
Beliau menjelaskan dia tidak akan sesekali melepaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak yang bakal dilahirkan meskipun sudah bercerai dengan Ain 'Afini Latif.
Malah, dia yang dijangka menimang cahaya mata lelaki pada 10 Julai ini juga berjanji untuk mengutamakan segala keperluan bayi tersebut. Dalam pada itu, PU Abu memberitahu hubungan dia bersama Ain Afini berserta keluarga mertua kini dalam keadaan baik.
"Jika saya berjumpa dengan ayah Ain, kami berpeluk. Dengan Ain juga saya bersembang seperti biasa. Cuma saya minta orang ramai untuk menghormati bekas isteri saya itu. Saya tak mahu tambah tekanan kepada Ain," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Pu Abu atau nama penuhnya Abu Sufyan Mohd Mokhtar, 25, dan Ain 'Afini Latif, 23, bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Rabu lalu. Ain dijatuhkan dua talak kerana mereka pernah bercerai sebelum ini namun rujuk semula.
Sementara itu, Abu Sufyan sekali lagi diserang netizen selepas membuka ruangan komen di akaun Instagram (IG) miliknya. Menerusi entri di IGnya, PU Abu berkongsi gambar terkini ketika berbuka puasa bersama kanak-kanak daripada Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa.
"Terima kasih adik-adik dari Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa kerana menceriakan hari kami di @theloveatmatic," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen yang digelar 'Bawang Rangers' telah menyerang ruangan komennya berkaitan isu rumah tangga yang dialami oleh PU Abu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment