18 May 2019

RUMAH TERBAKAR KETIKA KELUAR BERBUKA - SHAH SLAM & KELUARGA SELAMAT


Malang tak berbau... demikian yang terjadi dengan pemain gitar kumpulan Slam iaitu Shah atau nama penuhnya Shah Nizam Abd Halim apabila kediaman keluarganya yang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang terlibat dalam kebakaran kira-kira pukul 8 malam Jumaat.





Pengurus Slam iaitu Johan Aziz ketika dihubungi memberitahu kejadian berkemungkinan berpunca daripada penghawa dingin rumah itu selepas berlaku letupan kecil sebelum kebakaran.

"Api mungkin bermula darpada tingkat atas rumahnya kerana ia paling teruk terbakar. Saya tak dapat nak pastikan tetapi ia mungkin disebabkan litas pintas pada aircond kerana jiran memaklumkan berlaku letupan sebelum kebakaran. Tingkap atas juga pecah. Macam mana pun saya tak dapat nak pastikan kerana pihak bomba masih melakukan siasatan ketika ini," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Johan memberitahu ketika kejadian Shah dan keluarga tiada di rumah kerana sedang berbuka puasa di luar. Sementara itu, Shah ketika dihubungi tidak dapat memberikan komen kerana ketika itu sedang memberi keterangan kepada pihak bomba.

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Mujur semasa kejadian tiada sesiapa di rumah kerana Shah bersama isteri dan anak-anaknya berbuka puasa di luar. Bahagian atas musnah teruk tetapi bawah hanya sebahagian yang terbakar. Sudah ia dekat nak raya tetapi rumah pula terbakar," katanya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: