18 May 2019

FARID KAMIL FAILKAN RAYUAN UNTUK TANGGUHKAN HUKUMAN


Semalam suami kepada aktres Diana Danielle iaitu pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari yang sudah beberapa hari bermalam di penjara itu telah memfailkan rayuan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang diperintahkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Rabu lalu.





Menurut peguam belanya, Megat Syazlee Mokhtarom, berkata pihaknya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah majistret Petaling Jaya yang menolak permohonan mereka untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara sembilan bulan berserta notis perakuan segera di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Pihak kami sudah memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (semalam). Kami kemuka rayuan terhadap keputusan dan bukan terhadap hukuman. Selain itu kami turut memfailkan perakuan segera supaya permohonan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman dapat didengar secepat mungkin.

"Kami memohon supaya hukuman terhadap Farid ditangguhkan sehingga rayuan kes itu selesai. Dalam notis rayuan itu, pihak kami turut menyertakan perakuan segera supaya dapat didengar dengan secepat mungkin. Kami berharap, mahkamah akan mendengar rayuan itu sebelum cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi notis lain, wakil peguam terbabit juga mengemukakan rayuan bagi hukuman sembilan bulan penjara dan pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Terdahulu, Farid, 38, dikenakan hukuman penjara di atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu. Dalam prosiding Rabu lalu, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu, Farid yang juga bapa kepada dua cahaya mata dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara berkenaan diperintah bermula tarikh sabitan, iaitu pada hari sama. Sementara itu, ditanya mengenai keadaan aktor terbabit, kata Megat, daripada lawatan keluarganya, dia dikatakan dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah. Saya dimaklumkan Farid sihat. Dia juga dalam keadaan tenang. Apa pun, pihak kami selaku peguamnya akan berusaha sebaik mungkin membantunya," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Harian Metro & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: