26 May 2019

"ANAK TAK PERNAH TANYA IBU BARU" - FEZRUL KHAN BELUM JUMPA PENGGANTI SESUAI


Tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hidup selepas empat tahun menduda, pelakon Fezrul Khan atau nama penuhnya Fezrul Khan Junaidi Khan, 37, berkata anak lelakinya, Farrel Khan, 6, juga tidak pernah bertanya tentang ibu baharu.





"Memang kadang-kadang tu ada juga rasa sunyi. Tapi saya ada anak lelaki yang sentiasa menjadi peneman saya. Buat masa sekarang, saya tak nak terlalu terburu-buru untuk berkahwin. Setakat ini juga, anak tak pernah tanya tentang ibu baru. Sebab dia pun seronok ada bersama saya dan kami pun sudah seperti kawan baik," kata Fezrul.

Dalam pada itu, Fezrul memberitahu sekiranya mahu berkahwin semula, dia ingin seseorang wanita yang boleh menjaga makan, minum, pakai dan sakitnya. Bagaimanapun, sehingga kini pelakon drama 'Empat Penjuru' itu masih belum bertemu dengan wanita yang betul-betul sesuai dengan dirinya.

Klik untuk gambar besar


"Kalau saya nak ada pengganti tu sekurang-kurangnya yang boleh menjaga makan, minum, pakai dan sakit saya tapi sampai sekarang belum jumpa yang sesuai. Sebelum ini ada juga mencari tapi memang tak jumpa lagi yang betul-betul sesuai dan serasi dengan saya.

"Bila dan masuk tahun keempat masih hidup solo ni orang kata tak perlu cari la biar ia datang sendiri. Buat masa sekarang memang masih solo dan tak ada berkenalan dengan sesiapa pun. Diakui ada juga peminat wanita yang mesej peribadi (DM) di Instagram dan ajak kahwin, tapi saya tak layan.



"Kalau boleh, saya nak mencari pasangan yang senang faham kerjaya dan boleh jaga anak saya. Lagipun anak sekarang sudah enam tahun. Saya perlu memberi fokus kepadanya," ujarnya yang tidak mahu terlalu mencari kerana percaya jodoh dan ketentuan daripada Allah SWT.

Dalam masa sama, Fezrul mengakui ada ketika dirinya berasa sunyi, namun masa bersama anak selama tiga hari seminggu memadai untuknya: "Setakat ini, anak tak pernah tanya lagi soal mak baru. Dia seronok dengan saya dan kami seperti kawan baik.

Dalam perkembangan lain, Fezrul yang pernah berkahwin dengan Noorhafizah Zulkafli pada 5 Mei 2012 dan bercerai pada 19 Ogos 2015 itu berkongsi tahun ini giliran anaknya menyambut Aidilfitri bersamanya: "Tahun ini anak akan beraya dengan saya dulu, kemudian baru bersama bekas isteri. Saya akan beraya di Kuala Lumpur saja kerana keluarga memang berasal dari sini".




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro & Instagram Fezrul Khan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: