26 May 2019
BATAL HASRAT BERNIAGA BISKUT - ARJA LEE MUSYKIL CERMIN KERETA RETAK SERIBU
"Allah Hu Akbar dugaan mu buat aku terkaku terdiam dan tak mampu utk berkata-kata, asyik berfikir bagaimana? Bila? Dan apakah ini? Petang tadi dari MAEPS bergerak ke KLCC utk majlis iftar tak perasan ape2 lagi, tadi sewaktu stop di petron utk isi minyak otw balik ke MAEPS terbantut dek kejadian ni so balik rumah terus nampaknya.
"Kisah kenapa dengan cermin tingkap pintu belakang belah kanan? MANE NAK GANTI ESOK PAGI EK AREA SEREMBAN 2?," demikian tulis pelakon Arja Lee yang terpaksa membatalkan hasrat berniaga biskut raya di Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia) Serdang selepas cermin keretanya tiba-tiba retak seribu semalam.
Berkongsi peristiwa itu di laman Instagram miliknya, Arja mengakui agak terkejut dan menyifatkan ia kejadian yang pelik. Dia turut mempersoal kenapa ia berlaku pada cermin tingkap pintu belakang sebelah kanan saja.
Rata-rata pengikut laman sosial mendakwa peristiwa itu berpunca daripada terkena serpihan batu yang melantun ketika aktiviti potong rumput. Malah ada juga mendakwa ia berpunca diketuk seseorang yang mungkin ada niat mencuri dan tidak kurang juga menyifatkan faktor suhu panas melampau dalam kereta menyebabkan ia berlaku.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Arja Lee
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment