26 May 2019

"SUARA ZIZI TAK ADA LAH SEDAP MANA PUN, SEKSI JE LEBIH....." - SAJAT TERKILAN


"Pening lah saya sy tak boleh nak pilih sajat.. sy nak lagu ni org suka mana tau boleh kuat tv.. apa putut saya buat?? 😢😢," demikian kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang pening apabila usahawan kosmetik, Nur Sajat meluahkan rasa kesal apabila Aliff memilih penyanyi Zizi Kirana untuk terbabit dalam projek lagu rayanya.





Menerusi perbualan WhatsApp antara mereka berdua yang dimuatnaik di laman Instagram, Aliff dirundung resah untuk memilih individu yang layak bagi menyanyikan bahagian rap lagu rayanya itu. Sementara itu, dalam perbualan WhatsApp terbabit, Sajat menyifatkan Zizi tidak layak untuk menggantikan posisinya dalam lagu itu.

"Apa ni Dato' sebelum ni okey je buat lagu, kenapa sekarang baru bagitahu? Jadi, Zizi lah yang terpilih? Suara Zizi tak ada lah sedap mana pun, seksi je lebih. Eeeee tak boleh terima kita," tulis Sajat.

Baru-baru ini, Aliff memuatnaik sesi rakaman lagu rayanya tanpa muzik yang mengundang kritikan netizen ekoran kualiti suaranya. Manakala kelmarin Sajat turut berkongsi sesi rakaman suaranya dalam versi rap untuk tujuan promosi lagu terbabit.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Aliff Syukri, Nur Sajat & Zizi Kirana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: