26 May 2019
"CUKUPLAH DENGAN 'BABY SAYANG'..." - MIRA FILZAH RASA SERBA SALAH HAIWAN DIBUNUH
Diminta mengulas mengenai ungkapan 'Baby Sayang' sering digunakannya untuk peminat yang semakin mendapat perhatian ramai itu, pelakon dan pengacara Mira Filzah berkata sudah cukup meminta menyebut panggilan tersebut. Bahkan, bintang 'Pujaan Hati Kanda' itu tidak menyangka apabila ada haiwan yang dibunuh dengan kejam gara-gara ungkapan terbabit.
"Saya rasa sudah cukuplah dengan 'baby sayang' kerana ke mana-mana sahaja saya pergi, pasti diminta menyebut panggilan manja itu. Saya berasa serba salah apabila ada haiwan yang terkorban gara-gara panggilan berkenaan. Semestinya saya tidak menyangka sehingga begitu sekali kesannya," kata Mira.
Sejak 17 Mei lalu, video kekejaman dilakukan seorang lelaki terhadap seekor monyet viral di media sosial selepas ia dikongsi sebuah portal hiburan tempatan. Pada awal rakaman video itu, kedengaran lelaki berkenaan bercakap dengan haiwan terbabit ‘aku kira sampai tiga, kalau kau tak cakap baby sayang, aku tembak kau’ sebelum membuat kiraan dan menembaknya tanpa belas kasihan.
Klik untuk gambar besar
Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit yang disifatkan sebagai terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mira berkata, dia menonton video berkenaan sekali sahaja kerana tidak sanggup menyaksikan kekejaman dilakukan lelaki itu terhadap haiwan.
"Saya tidak tergamak untuk menonton video berkenaan kerana berpendapat ia terlalu kejam. Individu itu pastinya memerlukan bantuan. Saya sendiri tidak tahu apa masalahnya? 'Baby Sayang' adalah panggilan positif untuk orang yang kita sayangi. Ia tidak seharusnya disalahgunakan sehingga ke peringkat begitu," ujarnya.
Terbaru, polis menahan seorang pengusaha kebun pisang dan anaknya selepas dipercayai terbabit kejadian menembak kepala seekor monyet yang terkurung dalam sangkar sehingga mati. Ahli perniagaan berusia 54 tahun itu yang juga pemilik lesen senjata api ke atas pistol berkenaan ditahan bersama anaknya berusia 19 tahun di kediaman mereka di Taman Kenangan, Setiawan, Perak, pada jam 9 malam, 21 Mei lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Mira Filzah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment