29 May 2019

DISERANG STROK KALI KEDUA - DATUK DAHLAN ZAINUDDIN MENINGGAL DUNIA



Al-Fatihah diucapkan buat keluarga penyanyi veteran Datuk Dahlan Zainuddin yang meninggal dunia semalam (jam 9.48 malam) selepas diserang strok.

Untuk info, empat tahun lalu, Dahlan pernah diserang strok yang mengakibatkan lumpuh sebelah kiri. Pada kejadian terbaru, Allahyarham diserang buat kali kedua di bahagian kanan pula ketika menanti waktu berbuka puasa.



Sehubungan itu, arwah telah dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor pada 26 Mei lalu.

“Allahyarham pergi di hadapan saya dan anak-anak. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat zohor, esok," ujar Isterinya, Datin Effa Rizan.

Selain Effa, Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Natasha Idha, Mohd Danial dan Nur Athinia Ines.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: