28 May 2019
"TIDAK TAHU TUJU KEPADA SIAPA" - BELLA TAK MAHU KOMEN STATUS RUJUK ALIFF
"Saya tidak mahu komen kerana ia melibatkan banyak hati. Lagi pula status itu tidak tahu ditujukan kepada siapa. Kami baru bercerai dan saya pula sudah mula fokus bekerja. Saya tidak mahu orang cakap saya tak henti-henti keluar kenyataan.
"Saya fokus untuk membesarkan anak sahaja. Apa-apa pun orang nak cakap, saya Cuma harap doakan sahaja yang baik-baik dengan jalan yang kami pilih," kata Bella Astillah berhubung status yang dimuatnaik bekas suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang mencetuskan persoalan apabila memberikan bayangan dia ingin merujuk semula.
Bella ketika dihubungi pihak media berkata, dia sendiri tidak pasti apakah maksud disebalik status Aliff itu. Buat masa ini, dia enggan memberikan sebarang komen mengenai kontroversi rumah tangganya lagi. Belum tentu status itu ditujukan kepada dirinya.
Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei lalu selepas beberapa kali Aliff kantoi curang. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Bella Astillah & Instagram / Twitter Aliff Aziz
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment