28 May 2019
"TAK RECOVER DENGAN BAIK... TAPI POSITIF DEMI HARI" - SHARNAAZ ANJUR SOLAT HAJAT
Menerusi laman Instagram, pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuatnaik entri dimana dia menjemput orang ramai hadir untuk melakukan solat hajat buat anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad malam ini. Menurut Sharnaaz, solat hajat itu dilakukan dengan tujuan untuk memohon dan mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan Jebat selepas menjalani pembedahan.
"Sesiapa yg free dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid Asy-syakirin (KLCC) malam ini, selepas solat tharawikh lebih kurang jam 10 lebih.. dijemput solat tarawikh bersama kemudian disusuli dgn solat hajat.. sama sama membantu di bulan mulia ini.
"Untuk yg belum tahu, Jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia.. dah selesai jalani operation. Namun tak recover dgn baik.. tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari," tulis Sharnaaz di IGnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Jebat dan tidak berhenti mendoakan anaknya. Terdahulu, anak sulung Sharnaaz dan Noor Nabila yang pada 30 Ogos tahun lalu itu dilaporkan mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment