Semua mengetahui mengenai gaya pemakaian tudung pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay sebelum ini menerima kritikan sehingga ada yang mengatakan beliau mempermainkan agama.

Namun baru-baru ini, foto terbaru yang dimuatnaik oleh Liyana di laman Instagram ketika mempromosikan koleksi baju raya telah membuatkan rata-rata netizen keliru sama ada Liyana masih bertudung atau tidak lagi memakainya.
Meskipun dihimpit dengan pelbagai soalan dan kritikan, Liyana nampaknya masih lagi berdiam diri, enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut.
Bagaimanapun, ada yang berkata ia mungkin gambar lama. Kalau betul ianya foto lama, mungkin kurang sesuai untuk dimuatnaik semula kerana menimbulkan salah faham. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja respon Liyana berkaitan isu ini.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Liyana Jasmay
________________________

No comments:
Post a Comment