28 May 2019
"DOKTOR TAK TAHU PUNCA SAYA SAKIT" - HAEL MUNGKIN CUBA RAWATAN ISLAM
"Saya kini terikat dengan pengambilan ubat-ubatan selepas beberapa bulan mengalami masalah kesihatannya dan disebabkan itu berat badan saya semakin meningkat. Selepas mendapatkan rawatan di hospital sejak tiga bulan lalu, doktor masih belum dapat mengesahkan sakit yang dialami oleh saya dan mereka juga tidak tahu punca kenapa saya sakit.
"Saya sering sakit tidak keluar suara dan demam berpanjangan secara tiba-tiba sebelum saya bakal mengadakan persembahan pentas. Ada juga kata saya mungkin terkena sakit misteri, namun saya tidak percaya sangat dengan perkara mistik.
"Mungkin selepas ini saya boleh cuba melakukan rawatan Islam pula," demikian kata penyanyi dan komposer Hael Husaini yang mengakui seringkali mengalami masalah kesihatan apabila ingin mengadakan persembahan pentas dan sehingga kini doktor masih tidak dapat menyatakan punca sebenar kenapa dia sering mengalami demam secara berpanjangan dan sakit tekak setiap kali sebelum membuat persembahan pentas.
Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, pada Isnin. Sementara itu, jangan lupa untuk mendengar single raya terbaharu daripada Hael iaitu 'Bersyukur Seadanya'.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment