28 May 2019
"ANAK ORANG DITIMANGKAN, ANAK SENDIRI DITINGGALKAN..." - PU ABU TENANG BALAS KOMEN
Baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya, pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah berkongsi sekeping foto dirinya sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan berserta kapsyen "Anak syurga 💕. Moga Allah jadikan kita seorang ayah yang baik". Bagaimanapun, entri tersebut telah mengundang kecaman netizen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak berpuas hati dengan kapsyen yang ditulis kerana Pu Abu telah menceraikan bekas isterinya, Ain 'Afini Latif yang sedang hamil. Namun begitu, Abu Sufyan nampaknya tidak mendiamkan diri apabila tampil membalas beberapa komen netizen.
Manakala menerusi entri yang lain pula, PU Abu telah memuatnaik gambar dirinya dalam sebuah bas dua tingkat berserta kapsyen: "Setiap manusia membuat kesilapan tetapi yang terbaik dalam kalangan mereka adalah mereka yang menyesal dan berazam tidak akan mengulanginya 😔😔😔. Kalau Allah dan Nabi boleh bagi ruang kenapa tak kita".
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, PU Abu sah bercerai dengan Ain 'Afini menerusi aplikasi Whatsapp Mac lalu selepas berlaku penambahan fakta kepada mahkamah. Abu Sufyan mendirikan rumah tangganya bersama Ain 'Afini pada 31 Ogos 2018 dan dijangka menyambut kelahiran cahaya pertamanya pada 10 Julai depan.
Terdahulu, tular di media sosial bekas isteri PU Abu, Aina 'Afini mendakwa diceraikan suaminya kerana seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa. Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun Instagramnya mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abu Sufyan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment