28 May 2019

MAMAT KHALID KECEWA TELEFILEM '17 PUASA' DIMUATNAIK DI LAMAN SOSIAL


"Telefilem ini banyak kenangan kerana ia projek pertama saya selepas sedar daripada koma. Kos penghasilannya pula adalah hasil sumbangan banyak pihak, termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka sanggup membantu kerana memahami semangat saya yang memang suka mengarah.





"Saya tahu mengenai perkara ini selepas ada pihak membuat laporan. Ketika diberitahu, jumlah perkongsian masih kecil, tetapi jika tidak disekat lebih awal, ia akan bertambah. Saya tahu mereka berniat baik mahu membantu promosi dan keseronokan, berdasarkan keterangan yang disertakan pada pautan yang dikongsi. Tetapi, ia tetap salah di sisi undang-undang.

"Kebanyakan mereka masih tidak sedar perbuatan itu sebenarnya menutup pintu rezeki kami sebagai pengkarya. Saya sudah memanjangkan perkara itu kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut," demikian kata pengarah terkenal, Mamat Khalid yang kecewa telefilem terbaru arahannya, '17 Puasa' menjadi mangsa rakam rompak digital apabila dimuatnaik secara haram di laman sosial.

Mamat, 56, menyifatkan perbuatan itu bukan hanya melanggar undang-undang, malah turut menutup periuk nasi serta membunuh semangat pengkarya sepertinya. Tambah sutradara yang terkenal dengan filem francais, Hantu Kak Limah itu, tiada apa yang diharapkan, selain peminat memahami jerih perihnya menghasilkan telefilem itu.

Mamat masih dalam proses pemulihan selepas tiga minggu koma akibat komplikasi jantung dan hati, Januari lalu. '17 Puasa' menemui penonton di saluran Astro First, minggu lalu menampilkan lakonan Sabri Yunus, Aziz M Osman dan Nasrizal Ngasri.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: