28 May 2019

UMUM HAMIL 'BABY GIRL': "BOLEH BERSOLEK & MEMILIH PAKAIAN" - SARIMAH


"Saya anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan semuanya lelaki. Jadi, agak terkejut juga bila dapat tahu saya bakal timang bayi perempuan. Sebab saya dah biasa dengan lelaki da sebagai kakak, saya dah tahun macam mana nak uruskan adik-beradik yang lain.





"Tapi, Alhamdulillah selepas ni saya ada kawan baru dan boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan memilih pakaian. Selain itu, ia juga sesuatu pengalaman baru dengan orang baru buat saya dan suami," kata pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim.

Sarimah memberitahu dia terkejut apabila diberitahu bakal melahirkan bayi perempuan memandangkan dia mempunyai ramai adik-beradik lelaki. Sarimah, 41, berkata dia bagaimanapun berasa tidak sabar untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersolek dan memilih pakaian bersama anaknya yang dijangka lahir pada Julai Depan.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Sarimah masih tidak dapat menjangkakan dia bakal melahirkan secara normal ataupun pembedahan. Sarimah berharap semua peminat mendoakan dirinya juga bayi dalam kandunagan dalam keadaan sihat. Sarimah mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama pada 1 Februari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar iaitu pada 2 April 2015.

"Doktor ada beritahu yang bayi saya sekarang berada dalam keadaan mengiring. Jadi, saya tak boleh nak jangka akan bersalin normal atau pembedahan. Apa-apapun, saya harapkan semua peminat dapat mendoakan saya serta bayi dalam kandungan dalam keadaan yang sihat," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: