27 May 2019
KEADAAN MASIH BELUM STABIL - SHARNAAZ MOHON DOAKAN JEBAT SELAMAT
"Doakan anak saya selamat, Jebat dalam keadaan kurang baik, doalah di bulan mulia ini, terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad. I love you sayang. Doakan Jebat na. I am half brave then you my boy. Your name make you so strong Insya-Allah.
"Strong like your name my Jebat, our Jebat.. baba love you so much," demikian tulis pelakon Sharnaaz Ahmad yang memberitahu keadaan kesihatan anaknya iaitu Jebat Jayden Ahmad masih belum stabil dan memerlukan rawatan susulan kecemasan.
Memaklumkan mengenai perkara itu di laman Instagram, Sharnaaz turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor.
Klik untuk gambar besar
Pada Khamis lalu, Jebat yang berusia lapan bulan itu selamat menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing (UTI). Dalam pada itu, Sharnaaz turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua majlis yang sepatutnya dihadiri pada Ahad.
"Maaf saya tak dapat ke semua event malam ini (Ahad). Harap semua memahami keadaan Jebat tak stabil dan perlukan rawatan susulan kecemasan. Maaf," katanya yang berkahwin dengan Nabila pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment