05 May 2019

DITUDUH BAWA PENGARUH BURUK KEPADA RAKAN - ISMAIL IZZANI SEDIH & TERTEKAN


"Sudah banyak kali sebenarnya saya menghadapi situasi ini, ibu bapa beberapa rakan saya mula menghalang anak-anak mereka berkawan rapat dengan saya kerana dikatakan membawa pengaruh buruk.





Namun perasaan yang saya pendam selama ini sampai ke kemuncak malam tadi sehingga saya alami mental breakdown, saya akui sedikit terasa hati apabila dilemparkan tuduhan sebegitu," demikian kata penyanyi Ismail Izzani.

Penyanyi lagu 'Bidadari' itu berasa sedih dan terkilan apabila dianggap sebagai membawa pengaruh tidak baik kepada rakan-rakannya. Ismail memberitahu, perkara itu disedari apabila rakan-rakannya dihalang oleh ibu bapa mereka untuk berkawan dengannya.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 19 tahun itu yang ditemui semasa konsert 'Kindness Stand Together' itu berkata dia berasa teruja apabila dilantik untuk menjadi duta kempen #standtogether buat kali kedua.

"Sebenarnya kempen ini memfokuskan untuk bersatu memberi bantuan buat para pelajar di sekolah seluruh Malaysia untuk menyebarkan kebaikan sesama mereka.

"Ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta program #standtogether ini, malah ia membantu saya untuk terus berfikir dengan positif biarpun saya sendiri terpalit dek beberapa isu negatif sepanjang tahun lalu," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: