05 May 2019
TEPIS DAKWAAN ABAI - PU ABU BERI BEKAS ISTERI RM10K UNTUK NAFKAH & BARANG BABY
"Saya telah memberikan wang berjumlah hampir RM10,000 kepada bekas isteri untuk urusan nafkah dan barang-barang baby. Harap maklum," tulis Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan menerusi muatnaik terbaharu di InstaStory, yang memberitahu dia memperuntukkan sejumlah wang kepada bekas isterinya sebagai nafkah dan urusan menyediakan kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.
Setelah diselar netizen kononnya dia mengabaikan bekas isteri iaitu Ain Afini yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, PU Abu pada Sabtu telah menepis dakwaan. Terdahulu, Pu Abu dengan gembira berkongsi jadual kerjanya hari ini (semalam) dengan pengikut Instagram: "Program hari ini (semalam)... penggambaran dengan Hlive, tengok rumah dan kemudian beli barang baby. Yeah!".
Perkongsian mengenai isu kelengkapan bayi itu dilihat sebagai reaksi balas PU Abu terhadap netizen yang mengecamnya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai bekas suami dan bapa kepada anak yang bakal dilahirkan. Orang ramai sebelum ini meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi fasa akhir kehamilan seorang diri.
"Kasihan bekas isteri pergi beli barang bayi sorang-sorang. Bukan nak masuk campur cuma saya pun pernah hamil dan tahu rasa macam mana pergi beli barang bayi tak berteman suami. Sayu hati. Ni tak ada kerja muatnaik gambar. Barang kelengkapan baby dah beli ke belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja," komen netizen pada foto tersebut.
Klik untuk gamba besar
Pada salah satu komen 'pedas' yang ditinggalkan, PU Abu hanya membalas 'okey' berserta emoji ciuman yang diertikan sebagai faham dengan mesej yang ingin disampaikan netizen. Isu rumah tangga PU Abu mula diperkatakan apabila Ain mendedahkan pendakwah itu menceraikannya ketika sarat mengandung disebabkan kehadiran orang ketiga.
Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa. Selain itu, Ain juga mendedakan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.
Menerusi pertemuan wartawan mStar dengan PU Abu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 April lalu, pendakwah itu memberitahu dia dinasihatkan bapanya untuk tidak memberi sebarang kenyataan susulan.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment