05 May 2019

"UQASHA SESUAI JADI KAWAN" - HEFNY AKUI ADA BERHUBUNG TAPI TAK SEKERAP DULU


Pengacara Hefny Sahad mengakui dia masih berkomunikasi dengan pelakon Uqasha Senrose meskipun sudah tiada sebarang hubungan istimewa dengannya. Hefny bagaimanapun berkata, mereka hanya berhubung dan bertanya khabar melalui aplikasi sembang.





"Kami ada berhubung untuk bertanya khabar mungkin dua atau tiga bulan sekali. Itupun hanya melalui Whatsapp dan bukanlah kerap macam dulu-dulu. Sesekali saja! Kami masih berkawan dan tak mahu ada sebarang masalah sebabnya industri kita ni kecil saja, pergi mana-mana pun akan jumpa," katanya.

Ditanya mengenai cadangan peminat yang mahu dia kembali menjalinkan hubungann cinta dengan Uqasha, Hefny berkata perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Ujarnya, dia lebih selesa hidup solo dan mahu memberikan tumpuan terhadap karier seni.

"Rasanya saya dengan Uqasha hanya sesuai jadi kawan, bukanlah serik cuma kami tahu hala tuju sebagai kawan. Jadi kawan ni lagi senang. Lagipun tak ada masalah kalau kami nak lepak bersama dan saya pun memang rapat dengan famili dia. Sekarang ni saya masih solo dan sibuk dengan kerjaya seni. Saya mahu fokus dengan karier," jelasnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: