04 May 2019

18 FOTO - NADIA BRIAN SELAMAT BERTUNANG DENGAN MUIZZ NASRUDDIN


Tahniah kami diucapkan kepada pelakon Nadia Brian yang telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan, Muizz Nasruddin hari ini dalam sebuah majlis tertutup dan Nadia turut mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 19 September depan.






Ibu kepada Muizz, Nona Suin, 59, telah menyarungkan cincin di jari manis Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, sambil disaksikan ibunya, Husmarita Hussain, 49.

Dalam majlis tersebut, Nadia yang kelihatan anggun mengenakan persalinan berwarna ungu rekaan pereka fesyem Hatta Dolmat itu telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh beserta sebentuk cincin.

Majlis yang diadakan secara sederhana bertemakan alam semula jadi itu berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor dan ia telah dihadiri oleh kaum keluarga, teman rapat dan kira-kira 300 tetamu.

Klik untuk gambar besar


Menurut Nadia, dia yakin Muizz merupakan pilihan yang tepat sebagai pasangan hidupnya kerana sifatnya yang bertoleransi.

"Dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Sesungguhnya, saya berasa amat bertuah kerana mengenalinya. Dia juga amat memahami diri dan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.

Terdahulu, pelakon filem 'Ratu Kala Jengking' itu dan Muiz mula berkenalan selepas dipertemukan oleh rakan pelakon Ainul Aishah dua tahun lalu.

Pada Februari lalu, Nadia telah menerima lamaran Muiz atau nama sebenarnya Mu'izz Nasrddin yang merupakan pengurus akaun di sebuah syarikat teknologi maklumat itu dalam suasana romantik iaitu berlatarbelakangkan Menara Eiffel, Paris.


































www.myartis.com / Sumber: Hlive, Astro Gempak, mStar, kosmo #MuizzxNadiaB, @ehmalaysia, @cosmopolitanmy & @hattadolmat_


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: