21 May 2019

DOKTOR KOMEN BAJU & DUDUK KATIL PESAKIT, SEBAR KUMAN - CHE TA JELASKAN


Semua mengetahui mengenai fesyen dan gaya penampilan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta yang sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana menjadikan Che Ta sebagai ikon fesyen untuk mereka yang berhijab.





Malah gambar terbaru yang dimuatnaik Che Ta ketika melawat pesakit di sebuah hospital juga turut mendapat pujian ramai dimana ada yang mengatakan pelakon itu tetap tampil cantik walaupun ke mana sahaja.

Bagaimanapun, seorang doktor tampil meninggalkan komen serta tertanya-tanya bagaimana pihak hospital boleh membenarkan Che Ta duduk bergambar dengan pesakit sedangkan pakaiannya itu berbulu dan boleh menyebar kuman.

Tidak berpuas hati dengan tuduhan tidak masuk akal itu, Che Ta tampil menjelaskan apa yang berlaku. Che Ta berkata, dia tidak kisah ditegur tetapi pastikan siasat terlebih dahulu dan tidak membuat tuduhan melulu.

Klik untuk gambar besar


"Doktor itu menuduh saya memakai baju jubah yang mempunyai bulu dan kononnya boleh menyebarkan kuman kepada pesakit selepas saya memuat naik gambar ketika melawat Hospital Sungai Buloh baru-baru ini.

"Saya tidak kisah ditegur, tetapi janganlah semberono sahaja. Saya memakai jubah bermanik, bukan berbulu. Jangan cepat sangat membuat tuduhan jika tidak tahu perkara sebenarnya.

"Saya tahu adab melawat orang sakit. Tidak mungkin saya sesuka hati mahu duduk di atas katil orang jika tiada kebenaran daripada mereka sendiri," katanya.

Che Ta berkata lagi dia hadir ke hospital tersebut atas jemputan. Dalam pada itu, Che Ta turut menasihatkan agar ditujukan komen kepada pihak hospital, jika ada netizen diluar sana yang tidak suka dengan lawatan artis ke hospital.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Che Ta


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: