10 May 2019

FARID KAMIL DIDENDA RM2K, BERI BUKTI PALSU KES DADAH


Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil telah mengaku bersalah atas tuduhan memberikan keterangan dan bukti palsu dalam laporan polis yang dibuat berhubung kes dadahnya. Pengakuan bersalah Farid itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Taj.





Menurut laporan polis yang dibuat sekitar bulan Februari tahun lalu, Farid mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga beliau bertindak ganas menyerang polis dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara.

Antara nama yang dikaitkan ialah Taj Innuendo, Osh Firdaus dan pelakon Sofi Jikan. Pengakuan besalah Farid itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Taj Innuendo.

Klik untuk gambar besar


New Strait Times melaporkan yang suami kepada pelakon Diana Danielle itu didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda sebanyak RM2,000.

Dalam pada itu, Farid turut menghadapi pertuduhan lain yang masih lagi dibicarakan di mahkamah termasuklah tuduhan mendatangkan kecederaan kepada orang awam dan anggota polis dan penyalahgunaan dadah.


www.myartis.com / Sumber: New Strait Times, Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: