10 May 2019
LINDA RAFAR: "SELESAI CARA BAIK.. TIADA SIAPA KALAH ATAU MENANG SEBAB KES TIDAK DISEBUT....."
"Sebenarnya, perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak diteruskan kerana kedua pihak sudah selesaikan cara baik. Tiada siapa kalah atau menang sebab kes tidak disebut. Peguam saya mencadangkan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik selepas mengambil kira semua aspek.
"Apatah lagi sekarang ini kita menyambut Ramadhan dan kedua-dua pihak pun bersetuju. Saya anggap perkara ini sudah selesai selepas persetujuan mahkamah dibuat," kata penyanyi dan pelakon Linda Rafar.
Semalam, Linda memuatnaik kenyataan memaafkan netizen yang pernah melemparkan kecaman terhadapnya berhubung isu fitnah jururawat. Dalam pada itu, Linda turut memohon maaf jika ada menyakiti hati sesiapa.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, tular kenyataan seorang doktor yang mendakwa Linda telah pun kalah saman kes berkenaan dan perlu membayar ganti rugi serta membuat permohonan maaf kepada jururawat yang terlibat.
Linda berkata kenyataan oleh doktor itu tidak benar kerana perbicaraan kes antara dia dan jururawat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu lalu tidak diteruskan selepas kedua belah pihak memilih untuk selesaikan secara baik.
Dalam pada itu, Linda menjelaskan tiada sebarang ganti rugi yang perlu dibayar kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) seperti yang didakwa.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment