10 May 2019
"SEORANG ANAK KEMBAR DAPAT DISELAMATKAN... SAYA REDHA....." - ISTERI ALIFF SYUKRI
Menerusi laman Instagram, isteri kepada usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah menyatakan bahawa seorang lagi bayinya sihat dan berada dalam keadaan baik, namun salah seorang anak kembar dalam kandungan gagal diselamatkan apabila disahkan gugur oleh doktor.
"Alhamdulillah, seorang daripada anak kembar saya dapat diselamatkan dan sudah mempunyai degupan jantung. Saya redha dengan kehilangan seorang lagi kembar tapi dalam masa sama turut bersyukur kerana Allah masih beri peluang kepada kembar kedua untuk terus hidup dalam rahim saya," katanya.
Tambah Shahida yang sedang hamil lima minggu, dia menerima ujian keguguran ini kerana tahu masih ramai lagi wanita di luar sana yang belum merasai nikmat hamil.
Klik untuk gambar besar
"Apalah sangat ujian saya ini. Saya sudah ada ramai anak cuma teringin kembar sahaja. Allah sudah kabulkan dan sekarang Allah tarik balik. Dapat selamatkan seorang pun saya dan suami sudah sangat-sangat bersyukur," ujarnya lagi.
Terdahulu, Shahida dimasukkan ke hospital pada hari Selasa lalu selepas mengalami pendarahan yang melampau dan mengakibatkan keguguran seorang daripada anak kembar dalam kandungannya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Nur Shahida & Aliff Syukri
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment