10 May 2019

AL-FATIHAH - BAPA MENTUA LIZA HANIM KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Liza Hanim atas kehilangan bapa kepada suaminya, anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin atau Shah iaitu Mohamed Samsudin Tahir yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.15 malam kelmarin.





Berita menyedihkan itu dikongsi Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hani Abd Halim yang berkahwin dengan Shah pada 2003 dan dikurniakan lima anak itu melalui laman Instagramnya, awal pagi semalam.

"Bapa mentua saya, Mohamed Samsudin Haji Tahir menghembuskan nafas terakhir sebelum azan Maghrib, malam tadi, pada jam 7.15 malam. Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya," katanya.

Sementara itu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Datuk Haji Kamaruddin pada jam 8 pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dua jam kemudian.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Liza Hanim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: