10 May 2019

ALIFF AZIZ KEMBALI AKTIF DI LAMAN SOSIAL - IBU TITIP PESAN, BALAS KOMEN NETIZEN


Penyanyi dan pelakon Aliff Syukri nampaknya kembali aktif di laman sosial setelah hampir dua bulan menutup ruang komen di laman Instagram akibat kecaman netizen. Aliff kini membenarkan semula netizen meninggalkan komen di foto-foto terbaharu yang dimuatnaik.





Menerusi sebuah foto yang dimuatnaik pada Khamis, Aliff menerima pelbagai komen yang mana rata-rata netizen memberi nasihat berkaitan rumah tangganya bersama Bella Astillah. Selain itu, ibunya iaitu Siti Hafiza turut meninggalkan kata-kata positif supaya anaknya itu bangkit kembali meneruskan kehidupan baharu yang lebih baik.

"Alhamdulillah syukur! Rezeki Allah itu luas anakku. Jika ramai yang mengeji, yakinlah lebih ramai yang berhati mulia dan sentiasa memaafi, menasihati dan menyokong. Kerana mereka juga insan yang tidak sempurna. Bangkit dengan hati yang tawakkal padaNYA," kata ibu Aliff.

Klik untuk gambar besar


Bapa kepada seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun itu mula menutup ruang komen semenjak dihimpit kontroversi berlaku curang terhadap isterinya apabila keluar bersama pelakon baharu, Oktovia Manrose pada Mac lalu.

Dalam pada itu, Siti Hafiza jua dilihat membalas beberapa komen netizen yang bersimpati terhadap kontroversi yang ditimpa keluarganya. Malah, ibu Aliff memberitahu dia tidak pernah berasa kecil hati dengan teguran serta pendapat netizen yang diberikan dengan penuh berhemah.



"Salam sayang. Tidak mengapa aunty tidak pernah berkecil hati bila teguran dan pendapat diberikan dengan penuh hemah kerana kita adalah saudara seislam. Menegur itu sangat-sangat digalakkan tapi seperti mana aunty pernah kongsi niat tidak menghalalkan cara dan apa yang hendak dikongsikan oleh sesiapa pun atas bahu mereka sendiri.

"Mudah-mudahan kita lebih prihatin bila mahu menegur insan lain kerana pastinya kita sendiri tidak sempurna. Wallahualam. Saya hargai komen anda dengan mengucapkan terima kasih," ujarnya.

Sementara itu, Aliff juga membalas komen-komen netizen yang positif mahupun negatif dengan mengucapkan terima kasih. Pada 27 Februari lalu pula, Bella yang berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 itu menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan bahawa suaminya sekali lagi berlaku curang dengan Oktovia.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: