10 May 2019

DSV: "SERIK NAK BERSUAMI, SEBAB JATE-JATE YANG MASUK MOLEK LAST-LAST......"


"Kalau ada (lelaki) pun tak sesuai, pada masa ini mungkin akan datang, serik nak bersuami, sebab jate jate (lelaki) yang masuk molek last-last jadi sewel, sebab apa, sebab bila dia masuk dalam dunia saya orang yang jumpa harta karun dia akan sanggup berbunuhan sesama dia kerana harta karun.





"Macam itulah keadaan dengan saya, dia (bekas suami) tidak boleh terima ujian dalam kekayaan, kecuali saya jumpa yang setaraf dengan saya," demikian kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman Datuk Seri Vida.

Datuk Vida berkata dia tidak mahu menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran lelaki namun mengakui 'serik' untuk berumah tangga selepas beberapa kali berdepan penceraian. Menyifatkan lelaki yang datang dalam hidupnya hanya pada permulaan melafazkan cinta, namun karam dan hanyut selepas melihat kekayaan dan harta yang dimilikinya.

Menurut Datuk Vida, kebanyakan lelaki yang pernah menjadi suaminya tidak tahan ujian harta benda dan kekayaan. Beliau menambah tidak memikirkan soal perkahwinan sebaliknya menumpukan mengenai perniagaannya serta produk makanan yang dikeluarkan oleh anaknya.

Beliau juga mengakui pada masa ini masih mencari rancangan dan program yang bersesuai untuk ditaja kerana selepas empat tahun menaja pelbagai program realiti televisyen ianya tidak memberikan satu kesan yang besar ke atas perniagaannya.

Klik untuk gambar besar


Vida berkata, beliau lebih banyak tertumpu di media sosial kerana ianya merupakan satu platform yang mudah dilayari oleh sesiapa sahaja menggunakann telefon pintar.

Tegasnya, beliau tidak kerap muncul di kaca televisyen pada masa ini bukan bererti kehidupan atau kewangannnya terjejas selepas mata wang kripto, Lavida Coin yang dilancarkan beliau berdepan masalah sehingga menyebabkan akaun dan pelaburan yang dibuat oleh individu dan orang ramai dibekukan.

Sebaliknya beliau berkata, tumpuannya terutama dalam pengiklanan produk lebih banyak dilakukan di platform media sosial. Vida turut memaklumkan akan melancarkan satu single terbaharunya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dengan lagu berentak hiburan keluarga.

"Saya tak susah nak cari makan kalau tak keluar televisyen, bila tak keluar (televisyen) atau tak taja apa apa program, orang kata saya dah miskin padahal saya aktif di media sosial yang ada follower, dah tentu mereka support kita dan membeli produk kita," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: