10 May 2019
DIKECAM TIDAK MUATNAIK FOTO BERIBADAH - MICHAEL ANG BERI RESPON
Baru-baru ini, pengarah terkenal Michael Ang mengesahkan beliau sudah memeluk Islam lebih setahun lalu. Ramai yang menyambut baik berita pengislaman beliau dan mendoakan agar Michael terus istiqamah. Bagaimanapun, ada pula netizen yang mempersoal amal ibadahnya sebagai seorang Muslim.
Umum mengetahui, Michael sering menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan komen dan pandangan tentang pelbagai isu termasuklah membuat ulasan produk. Ada netizen berkata mengapa Michael tidak memuat naik foto melakukan ibadah contohnya solat tarawih.
Tidak mudah melatah, Michael membalas komen terbabit dengan menyatakan soal agama dan keimanannya adalah isu antara dirinya dengan Allah SWT sahaja.
Klik untuk gambar besar
Nasihatnya kepada netizen tersebut, janganlah terlalu menunjuk ketinggian ilmu kepada orang lain. Pada akhirnya, hanya Allah SWT yang akan menilai keimanan hambaNya.
Apapun, beribadah tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana akan timbul perasaan riak dan sombong dalam hati serta merasakan diri sudah cukup sempurna. Biarlah ia menjadi rahsia kita dengan Allah SWT sahaja.
www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Michael Ang
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment