10 May 2019
"TIADA HUBUNGAN CINTA PUN, SAYA ANGGAP JOY MACAM KAKAK....." - DA'I SYED
Ramai spekulasikan usahawan Joy Revfa telah menemui pengganti apabila memuatnaik gambarnya bersama bekas peserta program Da'i iaitu Syed Iqmal berserta dengan pakaian sedondon. Tidak mahu peminat terus tertanya-tanya, Da'i Syed tampil memberi penjelasan.
"Tiada hubungan cinta pun, saya sudah anggap Joy macam kakak sendiri tambahan pula jarak umur kami agak besar. Gambar itu diambil ketika kami mendapat undangan berbukan puasa di Menara KL.
"Pakaian kami sedondon kami pun tidak dirancang sebenarnya. Saya dah kenal lama, ketika itu Joy selalu minta nasihat tentang situasinya dan saya sering berpesan agar sentiasa kuat semangat dan kembali bangkit," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Menurut Da'i Syed, perkenalan mereka bermula ketika Joy mengalami masalah rumah tangga bersama bekas suami, Hafiz Hamidun dan sering meminta nasihat daripadanya. Dan sehingga kini perkenalan mereka berlangsung.
Desas-desus mengenai hubungan istimewa mereka mula dihidu peminat apabila Joy memuatnaik gambar mesra dan video mereka berbuka puasa. Pun begitu Syed pula lebih memilih gadis sebaya sebagai teman hidup.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Joy Revfa & Da'i Syed Iqmal
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment