09 May 2019
ISTERI ALIFF SYUKRI: "TERIMA KASIH... SAYA MEMANG HAMIL KEMBAR TAPI SALAH SATUNYA....."
Sebelum ini, usahawan komestik yang bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah dimasukkan ke wad Selasa lalu, selepas mengalami pendarahan yang menyebabkan risiko kepada kandungannya dan kemungkinan salah satunya keguguran.
Menerusi posting terbaru di laman Instagram, isteri Aliff ini mengakui beliau kini hamil anak kembar tetapi disebabkan pendarahan yang dialami menyebabkan kemungkinan salah satunya keguguran.
Shahida berkata bagaimanapun seorang lagi bayinya dalam kandungannya masih dalam pantauan. Dalam pada itu, Shahida turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dirinya dan juga kandungannya. Ibu kepada empat orang anak itu turut meminta agar semua mendoakan kesihatan bayi dan dirinya.
"Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin dm dan whatspp saya.... terlalu byk saya x sempat nak balas.... Saya mmg hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran 😥😥.
Klik untuk gambar besar
"Mungkin saya sendiri yg terlalu aktif. Campur mcm2 benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress.... satu lagi baby masih ada... Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan.... Terima kasih pada semua yg mendoakan...," tulisnya.
Melihat pada bahagian ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan semoga kandungannya selamat.
Untuk makluman, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1. Pasangan ini juga turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Datin Seri Nur Shahida
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment